Sunday, July 27, 2008

Projek Bahasa Melayu - Tun Dr Mahathir Bin Mohamed

Tun Dr Mahathir Mohamad

20 hb Julai/Disember 1925-

image

Oleh

Abdul Rahman Khan bin Fayzal Khan

08V13

Saya memilih Tun Dr Mahathir bin Mohamed kerana saya amat mengagumi ciri-ciri kepimpinannya yang begitu efektif. Beliau dapat mengubah Malaysia daripada sebuah negara yang agak miskin ke sebuah negara yang pesat membangun dan begitu moden.

Tun Dr Mahathir adalah seorang ikon Melayu. Beliau adalah simbol kemajuan orang Melayu.

v Latar Belakang

Ø Keluarga

Tun Dr Mahathir Mohamad dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 haribulan Disember 1925. Nama ibunya adalah Wan Tampawan. Dia adalah seorang Melayu. Ayahnya pula bernama Mohamad bin Iskandar. Bapa Encik Mohamad berketurunan Islam India dari Kerala dan ibunya, Siti Hawa, adalah seorang Melayu bangsawan.

Ayah Mahathir seorang guru Bahasa Inggeris dan Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.

Beliau berkahwin dengan Dr. Siti Hasmah Binti Mohamad Ali dan mempunyai tujuh orang anak.

image

Gambar Keluarga Mahathir (Barisan ketiga, nombor 5 dari kiri)

Ø Pendidikan

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menuntut di Sekolah Melayu Seberang Perak dan melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid. Di sana, beliau menjadi seorang editor untuk Majalah Darulaman, iaitu majalah Maktab tersebut. Setelah itu, beliau menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura dan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).

Artikel yang dikarang oleh Mahathir

image

image

v Kerjaya

Tun Dr Mahathir Mohamad bekerja sebagai seorang doktor. Beliau telah bergiat dalam politik sejak umurnya 20 tahun. Beliau adalah di antara orang yang pertama yang melibatkan diri di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apablia parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1946.

Beliau di antara orang-orang yang tertinggi di UMNO.

UMNO memilih Dr Mahathir untuk menjadi seorang Ahli Parlimen. Pada tahun 1969, Dr Mahathir dipecat oleh UMNO oleh kerana beliau mengkritik cara pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Pada masa itu, beliau mengarang buku yang bertajuk, “The Malay Dilemma”. Buku itu amat kontroversial dan diharamkan oleh Kerajaan Malaysia. Ia hanya dijual semula setelah beliau menjadi Perdana Menteri, pada 10 Julai 1981.

v Perdana Menteri

Sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir telah menyumbang di dalam pelbagai segi termasuk membangunkan Malaysia. Beliau telah membuat Malaysia sebuah negara pelancongan dan membangunkan ekonomi Malaysia sehingga ia menjadi begitu pesat. Beliau juga menukar konstitusi Malaysia dan menarik balik hak-hak veto para Sultan dan kekebalan daripada bidang undang-undang. Beliau memulakan projek-projek besar termasuklah, projek lebuh raya utara-selatan, Menara Berkembar Petronas, Syarikat kereta Proton, khidmat televisyen satelit (Astro), Bandar Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

image

v Sikapnya

Menurut isterinya, Siti Hasmah, Dr Mahathir adalah seorang yang rasional. Beliau berkata secara terus terang, “Di dalam rumah, kadang-kadang ada pertelingkahan, tapi itu tidak dapat dielakkan. Suami saya benci sekiranya pertelingkahan itu berpanjangan. Siapa yang bersalah hendaklah memohon maaf, kemudian itu semuanua dilupai… dan apabila ia yang salah, beliau akan mengaku dan berminta maaf”

v Kontroversi

Pada tahun 1998, kerajaan Malaysia mendakwa Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan pada masa itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas “kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa.“ Anwar pula mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana mengemukakan isu-isu korupsi dan sebagainya terhadap Mahathir.

Tun Dr Mahathir bin Mohamed juga telah meletakkan dirinya di dalam kontroversi dengan membuang kuasa veto para Sultan.

Dr Mahathir juga telah dibuang daripada UMNO pada tahun 1969 dan bukunya yang bertajuk “The Malay Dilemma” telah diharamkan oleh UMNO.

Beliau adalah seorang yang sering mengkritik negara-negara Barat.

Kini, Mahathir sudah pun cuci tangan tentang UMNO. Beliau berasa bahawa UMNO, kini, bermasalah. Beliau sering mengritik penggantinya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau membatalkan rancangan-rancangan Mahathir seperti pembinaan jembatan ke Singapura dan sebagainya.

v Nilai-nilai dan prinsipnya

Nilai-nilai dan prinsip Tun Dr Mahathir termasuklah nilai-nilai Islam, nasionalisme Melayu dan demokrasi. Beliau juga agak kritikal terhadap negara-negara barat.

v Ciri-ciri kepimpinanya

Beliau adalah seorang permerintah yang tegas dan cepat membuat keputusan yang baik. Apabila negaranya di dalam krisis, beliau tidak suka membuang masa dan biasanya, tugasan-tugasannya tepat pada waktunya. Beliau tidak takut untuk menyuarakan diri dan memberi komennya terhadap negara-negara barat.

v Ikon

Beliau adalah sebuah ikon kejayaan dan kemajuan masyarakat Melayu. Rakyat Malaysia melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai visi.

Bagi saya, beliau menjadi sumber inspirasi. Beliau adalah seorang yang amat bijak. Seperti beliau, saya juga suka melibatkan diri dalam isu-isu semasa dan sering berfikir tentang masalah dunia seperti peperangan dan konflik-konflik antarabangsa. Saya ingin bekerja untuk kemakmuran dunia ini.

Melayu Mudah Lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa 
Tiada daulat 
Tiada maruah 
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah 
Ingatlah 
Ingatlah
Wahai bangsaku 
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

-Oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamed

1 comment:

Rishvinder Singh said...

Hai Abdul Rahman! Sungguh menarik projekmu. Walaupun aku tidak begitu gemar akan ilmu politik. Mungkin gambar-gambar dan sajak yang kamu termasuk dapat menarik perhatianku:) Namun, adakah rakyat Malaysia suka Mahathir? Bagaimanakah perasaan mereka terhadap Mahathir mempengaruhi kecekapan Mahathir sebagai seorang pemimpin?